Thursday, 26 June 2014

Jenis-jenis Papan Tanda

Jenis-jenis Papan Tanda

Seperti kita sedia maklum, terdapat berbagai-bagai jenis papan tanda yang ada di jalan raya. Di sini ada disertakan beberapa jenis papan tanda yang sering kita temui. 

Berhenti









Awas! Bonggol Dihadapan


Beri Laluan


Ikut kiri kecuali memotong


Jalan Mati


Had Laju


Had Lebar Kenderaan


Had Tinggi Kenderaan




Oleh itu, kita hendaklah mematuhi peraturan dan papan tanda yang terdapat di jalan raya untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku.



































  









Wednesday, 25 June 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam 1 Satu Malaysia,
Salam Muhibbah,
dan Salam Perpaduan..

Papan tanda amat penting di jalan raya. Ianya merupakan panduan bagi setiap pengguna jalan raya untuk meneruskan perjalanan mereka dengan lebih selamat. Jadi, sebagai pengguna jalan raya, kita mestilah mematuhi papan tanda jalan raya demi kebaikan bersama. Seperti yang kita sedia maklum terdapat pelbagai jenis kepentingan mematuhi papan tanda jalan raya. Di sini saya telah membahagikan kepentingan-kepentingan ini kepada beberapa bahagian:
  • Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya kepada Pemandu Kenderaan Ringan
  • Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya kepada Pemandu Kenderaan Berat
  • Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya kepada Pemandu Pejalan Kaki

Kenderaan Ringan 
Banyak kes kemalangan jalan raya yang dilaporkan di akhbar-akhbar tempatan melibatkan kenderaan ringan. Kenderaan ringan seperti kereta, motosikal, basikal dan sebagainya banyak terdapat di jalan raya. Banyak tata tanda di jalan raya di buat khas untuk kenderaan ringan dan berat. Oleh itu, amat penting untuk kenderaan ringan mematuhi tata tanda yang disediakan. Kepentingan mematuhi tatatanda bagi kenderaan ringan adalah bagi mengelakkan kemalangan jalan raya, melicinkan perjalanan dan memberi peluang kepada pengguna jalan raya untuk merasa selamat ketika berada di jalan raya. Berikut adalah tata tanda yang terdapat di jalan raya.


http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/a/af/Had_laju_kebangsaan_1.jpg 
Had Laju Bagi Kenderaan


 
Dilarang memotong
 


Kenderaan Berat

Kajian syarikat lebuh raya PLUS Malaysia Berhad mendapati 87 peratus kemalangan yang melibatkan kenderaan berat seperti bas dan lori berpunca daripada pemandu kenderaan itu.
Lori menyumbang 18.1 peratus dan bas menyumbang 2.3 peratus daripada 54,380 kemalangan di lebuh raya. Jadi, pemandu kenderaan berat mestilah mematuhi peraturan dan papan tanda jalan raya yang di sediakan. Ini memberi peluang kepada kenderaan berat untuk menggunakan jalan raya dengan selesa dan selamat dan untuk mengelakkan kemalangan di jalan raya.


http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/a/af/Had_laju_kebangsaan_1.jpg 

                                                  Peringatan Had Laju Kebangsaan

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/4d/No_heavy_vehicles.jpg
Kenderaan Berat Dilarang Menggunakan Jalan Raya Ini

 

 Had Tinggi Kenderaan Berat

Had Berat Kenderaan Berat

Pejalan Kaki

Sesetengah pihak lebih suka berjalan kaki berbanding menggunakan kenderaan sendiri dan kenderaan awam untuk bergerak ke mana sahaja. Mereka lebih suka memilih berjalan kaki untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Namun begitu, pejalan kaki berisiko tinggi untuk mendapat kemalangan jika tidak mematuhi papan tanda yang disediakan. Oleh itu, papan tanda yang disediakan memberi peluang kepada pejalan kaki untuk menggunakan jalan raya dengan selamat. Selain itu, papan tanda yang disediakan juga memberi peringatan kepada pemandu lain tentang pejalan kaki dan mengutamakan mereka.

Contoh papan tanda jalan raya bagi pejalan kaki: 






Secara keseluruhannya, kita hendaklah mematuhi papan tanda dan peraturan jalan yang terdapat di jalan raya agar pengguna jalan raya yang lain dapat menggunakan jalan raya dengan selamat.