Salam Sejahtera,
Salam 1 Satu Malaysia,
Salam Muhibbah,
dan Salam Perpaduan..
Papan tanda amat penting di jalan raya. Ianya merupakan panduan bagi setiap pengguna jalan raya untuk meneruskan perjalanan mereka dengan lebih selamat. Jadi, sebagai pengguna jalan raya, kita mestilah mematuhi papan tanda jalan raya demi kebaikan bersama. Seperti yang kita sedia maklum terdapat pelbagai jenis kepentingan mematuhi papan tanda jalan raya. Di sini saya telah membahagikan kepentingan-kepentingan ini kepada beberapa bahagian:
- Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya kepada Pemandu Kenderaan Ringan
- Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya kepada Pemandu Kenderaan Berat
- Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya kepada Pemandu Pejalan Kaki
Kenderaan Ringan
Banyak kes kemalangan jalan raya yang dilaporkan di akhbar-akhbar tempatan melibatkan kenderaan ringan. Kenderaan ringan seperti kereta, motosikal, basikal dan sebagainya banyak terdapat di jalan raya. Banyak tata tanda di jalan raya di buat khas untuk kenderaan ringan dan berat. Oleh itu, amat penting untuk kenderaan ringan mematuhi tata tanda yang disediakan. Kepentingan mematuhi tatatanda bagi kenderaan ringan adalah bagi mengelakkan kemalangan jalan raya, melicinkan perjalanan dan memberi peluang kepada pengguna jalan raya untuk merasa selamat ketika berada di jalan raya. Berikut adalah tata tanda yang terdapat di jalan raya.
Had Laju Bagi Kenderaan
Dilarang memotong
Kenderaan Berat
Kajian syarikat lebuh raya PLUS Malaysia Berhad mendapati 87 peratus
kemalangan yang melibatkan kenderaan berat seperti bas dan lori berpunca
daripada pemandu kenderaan itu.
Lori menyumbang 18.1 peratus dan bas menyumbang 2.3 peratus daripada 54,380 kemalangan di lebuh raya. Jadi, pemandu kenderaan berat mestilah mematuhi peraturan dan papan tanda jalan raya yang di sediakan. Ini memberi peluang kepada kenderaan berat untuk menggunakan jalan raya dengan selesa dan selamat dan untuk mengelakkan kemalangan di jalan raya. Peringatan Had Laju Kebangsaan
Kenderaan Berat Dilarang Menggunakan Jalan Raya Ini
Had Tinggi Kenderaan Berat
Had Berat Kenderaan Berat |
Sesetengah pihak lebih suka berjalan kaki berbanding menggunakan kenderaan sendiri dan kenderaan awam untuk bergerak ke mana sahaja. Mereka lebih suka memilih berjalan kaki untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Namun begitu, pejalan kaki berisiko tinggi untuk mendapat kemalangan jika tidak mematuhi papan tanda yang disediakan. Oleh itu, papan tanda yang disediakan memberi peluang kepada pejalan kaki untuk menggunakan jalan raya dengan selamat. Selain itu, papan tanda yang disediakan juga memberi peringatan kepada pemandu lain tentang pejalan kaki dan mengutamakan mereka.
Contoh papan tanda jalan raya bagi pejalan kaki:
Secara keseluruhannya, kita hendaklah mematuhi papan tanda dan peraturan jalan yang terdapat di jalan raya agar pengguna jalan raya yang lain dapat menggunakan jalan raya dengan selamat.
What is the Best Live Casino in San Jose? - JTM Hub
ReplyDeleteThe Live Casino at Bally's Resort in downtown San 양주 출장샵 Jose, CA is 안성 출장마사지 a 화성 출장샵 must 성남 출장안마 play in your location. 포천 출장샵 In addition to table games, you can also indulge in live